Bola sepak ialah sukan berpasukan yang dimainkan oleh dua pasukan yang mana setiap pasukan terdiri daripada 11 orang pemain. Bola sepak dilumbakan ke dalam padang yang berbentuk segi empat tepat, di atas rumput atau rumput buatan.
Pada amnya, hanya penjaga gol sahaja yang dibenarkan menyentuh bola dengan tangan di dalam kawasan golnya yang dipanggil kotak penalti manakala 10 pemain lainnya hanya dibenarkan menggunakan semua bahagian badannya selain daripada tangan, kebiasannya kaki untuk menyepak, dada untuk mengawal, dan kepala untuk menanduk bola. Pasukan yang memiliki gol terbanyak pada akhir perlawanan ialah pemenangnya. Jika sehingga masa berakhir kedua-dua pasukan seri, maka boleh dilakukan undian, pembaharuan masa ataupun tendangan penalti, bergantung kepada format penganjuran kejohanan.
Undang-undang perlawanan pada awamnya dikemas kini setiap tahun oleh induk pertubuhan bola sepak antarabangsa (FIFA).
Sejarah
Berbagai-bagai jenis permainan bola juga telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah. Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang mempunyai cara permainan yang berlainan mengikut sekolah) menjadi lebih terkenal. Lantaran itu, cara permainannya juga lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan yang berlainan itu dan memudahkan pemain-pemain. Persatuan Bola Sepak England (The Football Association) telah ditubuhkan pada 1863 oleh beberapa kelab bola sepak. Persatuan ini berjaya menggubal undang-undang formal bola sepak yang pertama di dunia. Undang-undang ini kemudian berkembang menjadi Undang-undang Bola Sepak hari ini.
Urusan Undang-undang Bola Sepak dikendalikan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (International Football Association Board). Lembaga ini ditubuhkan pada 1886 dan mempunyai lapan ahli – empat wakil FIFA, empat wakil persatuan bola sepak England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Segala pemindaan Undang-undang Bola Sepak perlu diluluskan oleh Lembaga melalui undian majoriti. [1]
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Fédération Internationale de Football Association (FIFA), badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam musim bunga 2001, lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang mudah dan memerlukan peralatan yang sedikit tidak syak lagi menolong penyebaran dan tumbesaran dalam popularitinya. Sebelum abad ke-21, sukan ini telah dimainkan lebih daripada 250 juta orang di lebih buah 200 negara
Cara permainan
Bola sepak ialah sejenis permainan yang dimainkan antara dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain yang masing-masing cuba memenangi perlawanan dengan menjaringkan lebih gol daripada pasukan lawannya. Satu gol ialah hasil hantaran bola yang merentasi garisan gol yang terletak di antara tiang gol dan palang gol. Bola sepak dimainkan dengan menggunakan kedua-dua belah kaki, tetapi para pemain dibenarkan menggunakan semua bahagian badannya kecuali tangan. Penjaga gol yang bertugas mengelakkan bola daripada merentasi garisan gol pula dibenarkan menggunakan tangannya untuk menangkap bola di dalam kawasan penalti.
Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol memenangi sesebuah perlawanan. Namun, kalau kedua-dua menjaringkan jumlah gol yang sama, perlawanan itu dianggap seri. Dalam pertandingan kalah mati, bagi menentukan pemenang, masa 30 minit (masa tambahan) akan ditambah jika kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama dalam 90 minit yang asal. Pasukan yang menjaringkan gol yang lebih pada masa berlebihan ini memenangi perlawanan.
Jika masa berlebihan tidak dapat menentukan pemenang, sepakan penalti akan diadakan. Setiap pasukan diberikan 5 sepakan penalti. Pasukan yang menjaringkan penalti yang lebih memenangi perlawanan.
Teknik
Peraturan perlawanan tidak mengkhususkan kedudukan pemain-pemain selain pejaga gol. Bagaimanapun, semasa perubahan kemajuan perlawanan sukan ini, sebilangan pemain yang tertentu telah berubah. Mereka termasuklah:
- pertahanan - pemain yang pakar dalam menyekat serangan atau mencegah musuh daripada membuat jaringan
- pemain tengah - pemain yang melakukan serangan dan memberikan lorongan bola kepada penyerang, tetapi juga menolong pertahanan dengan mengganggu serangan pasukan lawan pada peringkat awal.
- penyerang - pemain-pemain yang berperanan menjaringkan gol.
Kedudukan-kedudukan ini selanjutnya dibezakan oleh bahagian mana pemain banyak menghabiskan masa. Sebagai contoh, terdapat pertahanan tengah dan pemain tengah kiri.
Para pemain mungkin menghabiskan kebanyakan masa dalam perlawanan dalam bahagian tertentu di padang; bagaimanapun, mereka tidak dikekang oleh peraturan sukan dan boleh berubah kedudukan pada bila-bila masa. Cara permainan ini juga boleh diguna pakai oleh penjaga gol, yang biasanya menghabiskan kebanyakan masa perlawanan berhampiran dengan gol tetapi boleh melibatkan diri dalam permainan berpasukan. Perkara ini biasanya hanya berlaku pada tendangan percuma atau tendangan sudut di akhir perlawanan itu.
Susun atur para pemain di padang dipanggil sebagai formasi. Bagi menggambarkan satu formasi, tiga nombor digunakan. Nombor pertama menentukan berapa banyak pemain pertahanan digunakan, yang kedua ialah bilangan pemain tengah yang akan digunakan dan yang ketiga ialah bilangan penyerang. Formasi yang terkenal dalam bola sepak moden termasuklah 4-4-2, 4-3-3, 3-5-2, 3-4-3 dan 4-5-1.
Jurulatih biasanya berperanan mengatur formasi dan taktik sesebuah pasukan.
Undang-undang 13: Sepakan Percuma
Jenis-jenis Sepakan Percuma
a. Sepakan Percuma Terus
Bola Masuk Ke Gol
• jika dari sepakan percuma terus, bola disepak terus ke dalam gol lawan,gol diberi.
• jika dari sepakan percuma terus, bola disepak terus ke dalam gol sendiri, sepakan penjuru diberi kepada pasukan lawan.
b. Sepakan Percuma Tidak Terus
Isyarat
Pengadil mengisyarat sepakan percuma tidak terus dengan mengangkat sebelah tangannya lurus ke atas kepala. Dia mengekalkan kedudukan tangannya sedemikian sehingga sepakan dibuat dan bola disentuh oleh pemain lain ataupun keluar dari permainan.
Bola Masuk ke Gol
Jaringan gol boleh diberi hanya jika bola disentuh oleh pemain lain sebelum masuk ke dalam gol.
• jika dari sepakan percumatidak terus bola disepak terus kedalam gol pasukan lawan, sepakan gol diberi
• jika dari sepakan percuma tidak terus bola disepak terus kedalam gol sendiri, sepakan penjuru diberi kepada pasukan lawan.
c. Prosedur
Bagi kedua-dua sepakan, terus dan tidak terus, bola mestilah statik apabila sepakan dibuat dan penyepak tidak boleh menyentuh bola lagi untuk kali kedua sehingga ia telah disentuh oleh pemain lain.
Kedudukan Sepakan Percuma
Sepakan Percuma Di Dalam Kawasan Penalti
Sepakan percuma terus atau tidak terus kepada pasukan bertahan:
• semua pemain pihak lawan mesti berada sekurang-kurangnya 9.15m (10 ela) dari bola.
• semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kawasan penalti sehingga bola di dalam permainan.
• bola dikira dalam permainan sebaik saja ianya disepak terus keluar dari kawasan penalti.
• sepakan percuma yang diberi di dalam kawasan gol boleh dibuat dari mana-mana tempat di dalam kawasan itu.
Sepakan percuma tidak terus kepada pasukan penyerang:
• semua pemain pihak lawan mesti berada sekurang-kurang 9.15 m (10 ela) dari bola sehingga bola di dalam permainan.
• bola dikira dalam permainan sebaik sahaja ianya disepak dan bergerak.
• sepakan percuma tidak terusyang diberi di dalam kawasan gol adalah dibuat dari atas garisan kawasan gol yang selari dengan garisan gol, ditempat paling hampir di mana kesalahan berlaku.
Sepakan Percuma Di luar Kawasan Penalti
• semua pemain pihak lawan berada sekurang-kurang 9.15 m (10 ela) dari bola sehingga bola di dalam permainan.
• bola dikira di dalam permainan sebaik sahaja ianya disepak dan bergerak.
• sepakan percuma adalah dibuat di tempat kesalahan berlaku atau di tempat bola berada apabila kesalahan berlaku (mengikut kesalahan).
Pelanggaran dan Hukuman
Jika, semasa sepakan percuma dibuat, pemain pihak lawan berada hampir dengan bola dari jarak yang dikehendaki:
• sepakan dibuat semula.
Jika, semasa sepakan percuma dibuat oleh pasukan bertahan dalam kawasan penaltinya, bola tidak disepak keluar dari kawasan penaltinya:
• sepakan dibuat semula.
Sepakan percuma yang dibuat oleh seorang pemain selain daripada penjaga gol
Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penyepak menyentuh bolasekali lagi (kecuali dengan tangannya) sebelum bola menyentuh pemain lain:
• sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan, sepakan itu dibuat di tempat kesalahan berlaku.
Jika, setelah bola berada di dalam permainan penyepak dengan sengaja memegang bola itu sebelum ianya menyentuh pemain lain:
• sepakan percuma terus diberi kepada pasukan lawan sepakan itu dibuat di tempat kesalahan berlaku.
• sepakan penalti adalah diberi jika kesalahan berlaku di dalam kawasan
penalti penyepak.
Sepakan percuma yang dibuat oleh penjaga gol
Jika, setelah bola berada di dalam permainan penjaga gol menyentuh bola itu sekali lagi (kecuali dengan tangannya) sebelum bola menyentuh pemain lain:
• sepakan percuma terus diberi kepada pasukan lawan sepakan itu dibuat di tempat kesalahan itu berlaku.
Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol sengaja memegang bola itu sebelum ianya menyentuh oleh pemain lain:
• sepakan percuma terus adalah diberi kepada pasukan lawan jika kesalahan berlaku di luar kawasan penaltinya, sepakan itu dibuat di tempat kesalahan berlaku
• sepakan percuma tidak terus adalah diberi kepada pasukan lawan jika kesalahan berlaku di dalam kawasan penaltinya, sepakan itu dibuat di tempat kesalahan berlaku

10 kebaikan utama bermain bola sepak.
1. Kapasiti Aerobik
Anda memerlukan stamina yang lebih tinggi untuk berjalan selama 20 minit. Oleh itu, pemain bola sepak mempunyai banyak kemahiran aerobik. Mereka boleh berjalan atau berlari selama berjam-jam tanpa keletihan. Oleh itu, bermain bola sepak akan meningkatkan keupayaan aerobik anda.
2. Kesihatan jantung
Rata-rata, pemain menjalankan sekurang-kurangnya 5 batu sepanjang permainan. Oleh itu, berjalan secara berterusan, jogging dan berjalan meningkatkan nadi pemain. Dengan kata lain, bola sepak adalah baik untuk kesihatan anda kerana ia menghalang pengumpulan plak arteri koronari.
3. Nada Otot dan Badan Lemak
Jika anda ingin membakar lemak, ini adalah salah satu sukan yang paling sesuai untuk anda. Sebabnya ia berfungsi dengan hati dan otot anda dalam lebih dari satu cara. Di samping itu, permainan ini membantu anda membakar lemak dan membina otot.
4. Kekuatan otot
Semasa bola sepak, anda tidak perlu banyak kuasa untuk menendang, memutar, melompat, dan bergerak. Kerana aktiviti ini, anda membangun kekuatan otot.
5. Kekuatan Tulang
Sebagai peraturan umum, ketika anda semakin tua, kepadatan tulang anda akan berkurang. Semasa permainan, beban berulang di seluruh badan menjadikan tulang anda lebih kuat. Oleh itu, jika anda ingin menjaga kekuatan tulang anda, pastikan anda bermain dengan kerap.
6. Penyelarasan
Penyelarasan adalah satu kemestian untuk berjaya kerana peralihan antara berlari, berlari, dan berjalan berulang-ulang. Pergerakan yang rumit, seperti lulus, beralih, dan dribbling juga membantu anda meningkatkan koordinasi semasa permainan.
7. Perkongsian dan Kerja Pasukan
Walaupun matlamat kecergasan adalah peribadi, kita semua boleh mendapat manfaat daripada bola sepak. Sebenarnya, keupayaan anda untuk bekerja dengan pemain lain untuk mencapai matlamat yang dikongsi akan jauh.
8. Fungsi otak
Kerana sepak bola adalah permainan yang cepat, ini membantu Anda meningkatkan disiplin diri, ketabahan, dan kemahiran. Walaupun melambatkan, anda akan mendapat manfaat dari rantau ini. Anda meletakkan diri anda untuk mendapatkan lulus atau mengekalkan kawasan tertentu lawan anda.
9. Harga diri dan Keyakinan
Sekiranya anda membangunkan ketahanan fizikal dan kekuatan, anda juga boleh membina keyakinan anda. Dengan harga diri dan keyakinan diri yang tinggi, anda boleh melakukan persahabatan yang baik dalam persahabatan, kehidupan keluarga, kerjaya dan sekolah.
10. Fleksibiliti
Anda boleh bermain di mana-mana, bila-bila masa. Kerana ia tidak mahal atau mahal, anda tidak perlu memenuhi syarat. Malah, ini adalah permainan yang cukup mudah.
Jadi, jika anda ingin menikmati semua manfaat ini, kami mencadangkan anda membina sebuah pasukan, keluar dan bermain. Tetapi anda tidak perlulah menyediakan pasukan sehebat JDT, cukuplah sekadar untuk menyihatkan badan. Mudah-mudahan, anda akan dapat memanfaatkan sukan yang menghiburkan ini.
Kejohanan antarabangsaPertandingan antarabangsa terbesar dalam arena bola sepak ialah Piala Dunia FIFA yang dianjurkan oleh FIFA. Seperti yang diketahui, Piala Dunia FIFA diadakan sekali setiap empat tahun dan bermula di Uruguay pada tahun 1930. Lebih daripada 200 negara berlumba-lumba di peringkat kelayakan mengikut zon sebelum dapat melayakkan diri ke peringkat akhir. Perlawanan peringkat akhir ini biasanya berlangsung selama empat Ahad dan kini melibatkan 32 pasukan (naik dari 24 pada tahun 1998). Brazil telah muncul sebagai pasukan yang paling berjaya dalam Piala Dunia FIFA dengan muncul sebagai juara sebanyak 5 kali, dengan kemenenangan terkemudian dalam tahun 2002.
Pertandingan antarabangsa tertua dalam arena bola sepak ialah Copa América yang dianjurkan oleh CONCACAF. Seperti yang diketahui, Copa América diadakan sekali setiap dua tahun dan bermula di Argentina pada 1916.